Seorang warden dan seorang pelatih Pusat Pemulihan Narkotik (PUSPEN) Perlop, didakwa di Mahkamah Majistret Sungai Siput, Perak pada Rabu, atas tuduhan membunuh seorang pelatih lain, minggu lalu.<br /><br />Warden, Nur Aslam Faizal, 35 dan pelatih Suffian Effendy Kadri, 30, mengangguk faham selepas tuduhan terhadap mereka dibaca serentak di hadapan majistret Nurul Asyifa Redzuan.